Baiklah murid-murid sekalian..kikikikikiki...
Hari ini cikgu saloma akan mendedahkan
apa itu amar ma'ruf nahi mungkar murid-murid?? ya...!!!!! pandai sungguh....maksudnya ialah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..
mengikut ayat al-quran melalui surah at-Taubah ayat 71 yang mafhumnya :“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
melalui ayat inilah Allah menyuruh cikgu,murid sekalian bahkan orang yang beragama islam akan melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar..dalam ayat lain..murid-murid boleh bukak tafsir dan check
[ surah ali imran 3 : 104]
dalam ayat tersebut..sesiapa yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar merupakan orang yang beruntung..bukan cikgu yang cakap..tapi Allah yang berfirman begitu..setakat ni boleh faham??kikiki
berkaitan dengan hukum amar ma'ruf nahi mungkar ini. mengikut imam al-Ghazali hukumnya ialah fardhu kifayah iaitu jika ada golongan yang melakukannya..maka golongan yang lain sudah terbebas daripada dosa..
namun.,jangan suka-suka dulu..mentang-mentang hukumnya fardhu kifayah bukannya fardhu ain..naa,tidaklah dibuat itu amar makruf nahi mungkar..sebab murid-murid yang bijak.,seandainya kemungkaran itu berlaku depan mata maka. para ulama berpendapat hukum melaksanakannya adalah WAJIB. ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad iaitulah:
"sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya / mengubahnya dengan tangan[kuasa]. sekiranya dia tidak mampu , maka hendaklah mengubahnya dengan lidah . Jika tidak mampu , maka ubahlah dengan hati dan itulah selemah-lemah iman"
[HR Ahmad Muslim dan Abu Daud].
Yusuf al-Qardhawi menegaskan bahawa perkataan [sesiapa] dalam hadis di atas menunjukkan kepada umum. ertinya setiap muslim ini wajib melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar yag memang kita tahu pelaksanaannya dimulakan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat baginda.
memandangkan kita ini adalah hamba yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad...Kita mengaku kita cintakan nabi Muhammad..Marilah, Kita Sama-sama sambung Perjuangan suci Rasul kesayangan kita..
ingat murid-murid [perasan betullah saya ni cikgu] ^^
melakukan kebaikan saja tidak cukup seandainya tidak disokong oleh pencegahan kepada kemungkaran. maknanya kena berdiri sama-sama.umpama dua sayap yang saling memerlukan.
cuba bayang sahajalah..bolehkah burung terbang menggunakan 1 sayap saja...?? siapa kata BOLEH.
add cikgu di FB..^^.
walau bagaimanapun, murid-murid kena ingat bahawa disamping kita beramar maruf nahi mungkar ini. berusaha untuuk membaiki orang lain..dalam masa yang sama juga kita kena jadi orang yang baik
sangat ngamlah [sesuailah] dalam ayat arab "soleh wa muslih" maksudnya baik dan membaikkan..
jadi murid-murid semua , setakat ini sahaja pembelajaran kita semua..diharap murid-murid dapat ilmu yang bermanfaat daripada cikgu yang tak seberapa jadi cikgu ni..cikgu hanya sahut firman Allah yang berbunyi
"DEMI MASA ! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN . KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH SERTA ORANG YANG BERPESAN PADA KEBENARAN DAN KESABARAN"
[SURAH AL-'ASR]
amar maruf nahi mungkar ini akan dapat menjadikan kita orang yang tidak akan pernah rugi kerana pelaksanaannya akan menanam iman dalam jiwa kita . sekali gus beramal soleh/akhlaqul karimah dan dapat saling mentarbiyah..
baiklah murid-murid...loceng pun dah berbunyi menandakan waktu pulang..[buat2x dengar saja ya bunyi loceng tu,hek2x.] jadi jangan lupa datang sekolah esok untuk bersama-sama dengan cikgu saloma..^^
seeru ala barokatillah :)

No comments:
Post a Comment