Pages

Friday, October 26, 2012

Teguran "Manis" ^^

“Hahahaha..hahahaha..hahahahaha” ..kedengaran gelak ketawa sekumpulan remaja duduk semeja dalam sebuah restoran ,keadaan itu amat tidak menyenangkan aku...aku berkata di dalam hati “adakah mereka lupa akan nasihat Nabi...adush..”

tanpa memikir panjang aku terus menghabiskan minuman ku dan terus beredar..namun setibanya aku di muka pintu..terlintas di fikiran ku tentang nasihat kekasih Allah bahawa jika kita melihat kemungkaran hendaklah kita mencegahnya..aku toleh kebelakang..mata ku tajam melihat ke arah remaja itu..tapi,ku toleh kan lagi pandangan ku ke hadapan..sungguh..ketika itu aku tiada keberanian untuk menegur...Ya Allah.....


“MESTI BERANI,SAYANG..MESTI BERANI..” aku cuba meyakinkan diriku..tapi,seribu kali sayang..aku tidak berbuat sedemikian..malah,aku membiarkan telingaku sekali lagi mendengar gelak ketawa yang menyakitkan itu.

aku ternampak seorang pelayan lelaki yang agak hensem sedang membersihkan meja...tertarik juga aku dengan penampilannya..namun,aku tahu itu perbuatan yang salah..aku tundukkan pandangan..segera beristighfar..gelengkan kepala.

..aku mendekati pelayan lelaki itu..”assalamualaika,saudara..boleh saya minta bantuan kamu”? terkejut cicak pelayan itu...aku tersenyum kecil.. ”er..boleh..eh..maaf..waalaikumsalam..saya lupa” tergetar-getar lelaki itu...hati kecil ku berkata “hai lah pemuda..aku ni bukannya nak makan orang..”

aku berkata” takpa,boleh kamu sampaikan pesanan saya untuk remaja2x yang duduk kat meja no.6 tu?” segera matanya liar mencari meja yang aku maksudkan..dia memandangku,,dan aku memandangnya..wajahnya Nampak hairan..”maaf,cik..meja no. 5 atau 6? Saya tengok orang yang duduk kat meja yang cik maksudkan tu orang tua..” aku malu..nasib baik aku pandai cover..”oh,yaka..maaf...a’ah..meja no. 5 lah tu”

lantas aku pun mengeluarkan sehelai kertas dan pen biru kesayangan ku..ku coretkan pesananku “Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah) “ from=hamba yang hina ^^


ku serahkan kepada lelaki tersebut..”kamu tolong berikan kerrtas ni pada mereka ya..terima kasih..” pelayan itu mengambil kertas itu daripada tanganku dan melipatnya dengan kemas sambil memandangku..malu juga aku dipandang seperti itu ..”baik,cik...sy sampaikan...err,cik..!!” langkahan ku terhenti..”ya,saya” aku menjawab...lalu dia tujukan tangannya di atas dahi..dan berkata perlahan “rambut cik keluar”..


Tuhan saja yang tahu perasaan ku ketika itu..ya Allah...merah padam muka aku...”err..emm...oya..” terketar ketar ucapanku ..lalu ku meneruskan langkahan menuju pintu tanpa berterima kasih kepada pelayan itu.. lebih kurang 7 minit aku berjalan.aku berehat seketika..dan kejadian itu menghantui kembali.

“di saat aku ingin menegur orang lain..ada rupanya insan yang Allah hantar untuk aku yang turut mencuba memperbaiki diriku..” tersenyum sinis aku dengan qada dan qadar Allah yang membawa hikmah pada diriku..aku pejamkan mata...mengucapkan rasa syukur..sebelum meneruskan perjalanan menuju ke rumah..aku memandang restoran yang ku kunjungi tadi..dan membisik dalam hati “sudahkah pelayan itu memberikan pesanan ku kepada mereka,? dia ada bacakah pesanan aku tu?” adush,..aku gelengkan kepala..lantas ku bangun dan perkara terakhir yang aku buat sebelum melangkah adalah mengelokkan kembali tudungku dan memastikan tiada lagi rambut yang terkeluar..^^


TQ,WAITER...

No comments:

Post a Comment