Pages

Thursday, October 25, 2012

Nasihat Asy Syahid Imam Hassan al Banna

Assalamualaikum and very good day...(^_^)

Alhamdulillah kawe masih diberi kesempatan untuk memberi pengisian dalam blog ini. Entry kali ini kawe nak beritahu tentang Nasihat Imam Hassan al Banna..Rasanya tak payahlah kawe nak beritahu siapakah gerangan Insan terhebat ini? Sahabat semua boleh cari latar belakang beliau..

NAK TAHU KER??? Hek4x...kawe tulis entry ni dalam keadaan nak nangis tau...sebab,sambil tulis kawe dengar alunan instrumental[doaku]..teringat sejenak perjuangan insan terdahulu..teringat sejenak masalah-masalah umat akhir zaman..teringat sejenak dosa yang dilakukan...sedih......:(

Jadi,kawe harap siapa saja yang terbaca entry ini [anda adalah orang yang dipilih,TAHNIAH!!!]..:)
kawe ucap tahniah bukan nak promote blog..Cuma nak sahabat semua tegur salah silap penulisan kawe...kadang kita ghairah dengan penulisan..tapi,tidak sedar akan kesilapan yang kita lakukan..mohon teguran ya..
Baiklah....kita mula dengan pengetahuan bau berkenaan dengan 10 nasihat Imam Hassan al Banna..memang ianya cukup bermanfaat...MEMPERSEMBAHKAN...!!!.. jeng....jeng...jeng....!!


Bacalah, Renunglah dan Amalkanlah

1.      Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan, walau dalam keadaan apa
      sekalipu
n,

2.      Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

3.      Berusahalah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar Islam.

4.      Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah.

5.      Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.      Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh.

7.      Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.      Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan.

9.      Berkenal-kenallah dengan saudara Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang.

10.  Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang apa cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

MENARIK BUKAN?? Sebelum terlupa..segala entry yang kawe masukkan ini sahabat semua boleh jadikan manfaat..ilmu itu milik Allah dan memang perlu sebarkan..jika nak tahu lebih lanjut tentang entry yang menarik..jika nak tahu lebih banyak perkongsian..tiada  cara lain melainkan kita follow2x..hehehehe....[ketara nak promote tak?] hehehe...kawe perlu sokongan sahabat...!!!

InsyaAllah...jika kawe masih hidup....nantikan entry yang seterusnya.....:)

kesempatan depan mata...maknanya,masih signal ''LAMPU HIJAU''..[BERJUANG DER..!!]



No comments:

Post a Comment