Pages

Tuesday, October 9, 2012

Andai Iman Kita ''SAKIT''


Tasrip Khalim
shahirah
ok saya cuba beri sedikit panduan berdasarkan kefahaman saya
dalam sebuah hadith nabi menyeru sahabat agar memperbaharui iman "tajdiid iimaan""
para sahabat bertanya bagaimana ingin memperbaharui iman lalu Nabi menjawab "dengan memperbanyakkan menyebut laa ilaaha illa Allah"


6 SeptemberTasrip Khalim
sebutan laa ilaaha illa Allah adalah perkara biasa dan para sahabat pun tahu namum nabi mengingatkan supaya sahabat menyebutnya sebagai satu 'refresh' agar sentiasa dalam keadaan iman yg segar. lebih kurang begitulah maksudnya

mungkin juga dengan sebutan la ilaaha illa Allah berulang kali akan menyebabkan iman2 yg sakit kembali pulih

shahirah, saya nak panjangkan hujah saya dengan beberpa perkara yg mungkin ada sedikit sebanyak kaitan dgn soalan shahirah...
iman ini bertambah dan berkurang dan berlaku pada setiap manusia. nabi mengetahui hakikat ini dan pernah menyebut yg lebih urang maksudnya "semangat insan itu ada pasang surutnya".... nah sememangnya setiap manusia mengalami situasi ini termasuk dalam bab2 keimanan. ianya tidak terkkecuali hatta terhadap agamawan....


6 SeptemberTasrip Khalim
namun perkara2 yg kita boleh lakuakn bagi mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah maksiat (maksiat adalah istilah yg sangat umum. setiap kesalahan terhadap Allah dikira maksiat dan bukanlah terikat kepada pergaulan lelaki dengan perempuan sahaja) ialah dengan cara memperbanyakkan zikir. ya zikir. awak boleh ucap zikir apa sahaja yang penting ketika melafaz zikir (sekalipun melalui hati) kita merasakan bahawa kita sedang bercakap dengan Tuhan. (saya harap awak tak keliru dengan istilah bercakap dengan Tuhan ini kerana dalam bab ihsan memang ada menyebut bercakap dengan Tuhan dan awak boleh chek hadisnya dalam hadith 40 imam nawawi. kalau tak silap hadith bukhari).



6 SeptemberTasrip Khalim
maksudnya dalam kita mengucap/lafaz zikir kita hendaklah sentiasa sedar bahawa kita sedang berhubung dengan Allah. hakikatnya untuk mengucap zikir seratus kali tidaklah susah namun untuk menyelami setiap butir sebutan zikir dgn khusuk dan penuh pengharapan mungkin sedikit sukar melainkan bagi mereka yg benar2 ikhlas



6 SeptemberTasrip Khalim
jadi lazimkan diri dengan zikir setiap masa, sewaktu berjalan, berbaring atau ap jua yg dilakukan ucaplah zikir dengan penghayatan atas sebuta zikir tersebut. off course lah kita kena faham apa maksud zikir itu maksudnya kalau kita sebut subhaanallah kita tahu maksud subhaanallah itu adalah Allah itu maha suci.



6 SeptemberTasrip Khalim
saya juga suka menyarankan supaya kita sentiasa istighfaar. "astaghfirullaah" dan sebut dengan makhraj yg betul agar kita selami permohonan ampun itu kepada Tuhan. natijahnya dapatlah kita rasai kenikmatan berhubung dengan Allah dan insyaAllah ianya dapat menguatkan iman kita. dalam Quran Allah menyebut dalam kisah nabi Nuh kelebihan yg banyak dalam beristighfar.



6 SeptemberTasrip Khalim
bila jiwa kita dipenuhi dengan rasa ketawaddu'an kepada Allah insyaAllah sukarlah untuk hati kita dipenuh dengan perkara yg tidak baik.


nabi juga sarankan agar kita bangun malam. ya ia sangat hebat dan ajaib kalau kita dapat melakukannya secara konsisten. tak susah pun. bangun stgh jam sebelum subuh. ambil wuduk dan bertahajjud kepada Allah. solat tahajjud/taubat 2 rakaat dan tahajjud/hajat 2 rakaat dan buat satu witir sebagai penutup. kalau rasa susah buat dua rakaat pun cukup. nabi ajar kita merintih kepada Allah. juwa yg merintih dan mengharap kepadaNya dengan rasa rendah diri akn mengubat iman2 yg sakit. lakuakn dengan konsisten. mgkn seminggu 2 kali dan kalau boleh buat setiap malam. ini adalah kuasa yg saaaangat aaajaib. lakuakn denga penuh penghayatan. nabi ajar agar baca surah secara tartil, perlahan hingga kita menyelami setiap bacaan dalam solat kita. lepas tu waktu sujud (nabi sebut dalam hadith waktu yg sangat dekat pada allah ialah waktu sujud maka perbanyakkan berdoa) kita merintih kepada Allah, memujinya, mengakui kelemahan diri dan pintalah apa sahaja. Allah sangat lunak dan akan beri apa yg diminta insyaAllah.




6 SeptemberTasrip Khalim
shahirah tiada batas untuk manusia memohon kepada Allah. berdoalah kepada Allah (paling senang ucaplah permohonan dalam hati) dalam apa jua keadaan dan di mana2 sahaja. Allah sangat suka apabila hambaNya mengharap dan meminta dariNya walaupun perkara remeh. lagi banyak kita minta pada Allah lagi kuat hubungan kita denganNya. dan insyaAllah jauhlah kita dari perkara yg tak elok.



6 SeptemberTasrip Khalim
shahirah saya beri pandangan dgn pengetahuan yg sedikit. moga dapat membantu dan maaf ayat tak berapa tersusun
oh yaa kalau ada yg kurang jelas mohon tanya kembali ya. baraakallah



9 SeptemberNur Shahirah Salasain
sangat faham ustaz...syukran ustaz...barakallahu fik..

No comments:

Post a Comment