Pembohongan mami... Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku,....... saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah mami saya!
01.PEMBOHONGAN MAMI YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika ana masih kecil. saya lahir sebagai seorang anak pEreMpuan dalam sebuah keluarga yang sederhana.Makan minum serba kekurangan..TaPi kami maSih BerSyuKur dengan apa yang adaSatu hari,saya bertanya kepada mami, ”sakit tak ketika mak lahirkan saya”MaMi saya jawab “taklah,Sakit BIasa saja..macam Abang kamu yang lain juga”Tapi,saya dapat tahu,.di saat kelahIran saya lah mami terpaksa berjuang Selama beberapa jam untuk Melahirkan saya..BerJuang Antara hidup dan mati.
.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA -Sebagai anak yang masih kecil, saya sering merungut. saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mami pandai memujuk.Ketika makan, mami sering memberikan bahagian nasinya untuk saya jika saya masih lapar.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk, mami berkata: "Makanlah nak, mami tak lapar."
.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Ketika saya mulai besar, mami yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk menemani kami belajar.Mami berharap agar kami dapat menjadi anak-anak yang dapat membanggakan mereka.Bila hari persekolahan Tiba... bermulalah Ragam anak kecil untuk dibelikan kelengkapan sekolah.Duit yang selama ini dikumpul untuk membayar bil-bil yang tertunggak,terpaksa digunakan,hanya kerana keinginan seorang anak kecil... Gembira juga bila mami belikan apa yang ana mahu.Tapi bila saya Tanya “mami,napa rumah kita takda lampu..takda kipas macam jiran sebelah?”Mami jawab “mm,Mungkin Elektrik takda sayang” saya hanya mengangguk tanda setuju.
.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, ana masuk sekolah menengah. Mami pergi kerja untuk menyara kehidupan kami.Pagi Bertolak,petang kembali pulang..tanpa berehat..mami terus melakukan kerja rumah untuk diselesaikan..saya tertidur kerana penat yang teramat sangat.. lebih kurang 1.30 pagi,saya terjaga dari tidur.saya lihat mami masih terjaga.tapi,saya membiarkan..lalu kembali melelapkan mata..Seawal pukul 5.00 pagi,mami menyiapkan sarapan untuk kami..lalu saya pun Tanya “jam berapa mami tidur semalam,?jam 2.00 pagi tadi..mami tak tidur lagi”Mami kata “takdalah,lepas jak sayang tidur,mami pun tidur dah,pukul 2.00 pagi tu..mami bangun kejap nak pergi tandas”
.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT- Di hujung musim persekolahan, mami meminta cuti kerja,padahal banyak kerja yang mami harus buat di pejabat..tapi mami lakukan semua ini supaya dapat menemani anaknya yang sakitsaya tanya:"kenapa mami tak kerja hari ni?" Mami kata “takpalah,lagipun takda apa yang mami nak buat kat sana,kerja pun semua dah siap”
.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian arwah mama saya kerana sakit, iaitu selepas adik saya yang pertama baru beberapa tahun dilahirkan, mami dan abahlah yang banyak berkorban.Mami terpaksa mengambil semua tanggungjawab arwah mama.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Boleh dikatakan..setiap hari mami kelesuan kerana terlalu penatMelihat keadaan keluarga yang semakin payah,abah saya menasihati mami supaya mengupah orang gaji.supaya ada juga yang dapat tolong mami buat kerja di rumah.Anehnya, mami tidak mengendahkan sangat.Mami berkata: "Saya tidak perlukan orang gaji, lagipun,bukannya payah sangat nak buat kerja di rumah tu."
.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM – musim perayaan tiba..setiap tahun mesti mami akan belikan baju raya untuk kami..walaupun kekadang..duit belanja tak mencukupi..mami tetap akan berusaha supaya kami dapat pakai baju raya bila tiba nanti hari tersebut. Tapi,hairannya saya tak Nampak pun baju raya untuk mami saya. Bila saya Tanya “mami tak pilih baju raya?” Mami kata “tak..mami dah beli pun” tapi,bila tiba musim hari raya..mami memakai baju yang sama setiap tahun. saya sedih lihat mami..
.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH – mami selalu sakitSelalu demam, sakit kepala dan sebagainya..saya melihat mak terbaring lemah di atas katil. Mami hanya mampu tersenyum lemah biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.saya Meninggalkan mami seketika dan menangis sendiri sambil Mengharapkan kesembuhan mami.Lalu saya balik ke pangkuan mami..saya Kata “Mana yang sakit mami,”Tetapi mak tetap tersenyum berkata: "Takpa, takDa yang sakit sayang."
Kita mungkin masih bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!DAN KITA MASIH BERUNTUNG MEMILIKI SEORANG AYAH YANG MASIH BISA UNTUK KITA MELIHATNYA TERSENYUM.. Tapi tidak bagi mereka saudara kita yang lain. Yang tidak mempunyai ibu dan ayah..mereka kehausan dengan kasih sayang kedua orang tua mereka dari dulu Sehingga kini..doakan kesejahteraan mereka..
Wallahualam...seeru 'ala barokatillah..
No comments:
Post a Comment