Entry Kawe Kali Ini Berkaitan Dengan RESPON kawe terhadap status FB yang di'postkan' oleh seorang facebooker yang bertajuk
''nampak solehah,tapi gedik''.
kawe lihat saja tajuk ini , memang agak terlalu kasar . Tapi,sebelum kawe mula bagi respon .Terlebih dahulu kawe bukanlah seorang insan yang tinggi ilmunya . [TERLALU CETEK]
Dalam post tersebut ditekankan ciri2x ''nampak solehah tapi gedik'' . ada sesetengah pernyataan yang kawe setuju . dan ada antaranya yang kawe kurang setuju.
sebagai contohnya :
1.[ Bila update status tulis ayat "ala manja" dan ejaan yang "comel or brutal tapi ala solehah" walaupun
hakikatnya mahu menyampaikan sesuatu mesej yang baik.]
RESPON KAWE
Alhamdulillah, sekarang lebih ramai muslimah facebooker yang post perkara-perkara baik.melalui pelbagai cara ejaan..melalui pelbagai cara taippan[typing]..kadang-kadang melalui post tu mereka buat seolah-olah mereka sedang "BERCAKAP". kadang-kadang ada juga yang post melalui cara typing yang ada humor,ada unsur 'manja feat humor' ada unsur 'rock feat humor'..tapi,kita tak boleh nilai muslimah tu gedik hanya melalui cara mereka typing,ejaan penulisan yang di post di FB .
boleh jadi perspektif masyarakat yang sebegini rupa boleh mengurangkan para facebooker wanita untuk post benda2x yang baik .kawe teringat kata-kata seorang murabbi . lebih kurang apa yang kawe faham ialah
''laksanakan lah da'wah dengan pelbagai cara .
para remaja dengan cara remaja mereka.
golongan muda dengan cara mereka
golongan tua dengan cara mereka."
namanya sudah remaja , mempunyai cara tersendiri . dapat meneka macam mana era zaman ini untuk sebarkan perkara baik melalui cara keremajaan mereka [maafkan saya bahasa kurang difahami].yang senang diterima ramai..yang senang difahami ramai .
yang penting sahabat . jangan lupa tentang ayat ini "jangan lihat kepada si penyampai ,tapi lihatlah apa yang disampaikannya"
kalau lah ada muslimah yang post mengikut citarasa masyarakat yang tiada unsur ala manja,ala brutal..memang yang straight to the point. tapi kalau yang disampaikannya itu tidak benar..hang nak kata apa??
nampak solehah tapi ''jahil''?????????
si penyampai lebih tahu macam mana cara mereka nak sampaikan sesuatu.
kemungkinan friends dia kat FB jenis yang ramah , happy , mesra dll.
macam UAI , mesra dengan masyarakat .semua kata-kata ustaz pun ala manja, ala comel .lihatlah sekarang berapa pages tentang ustaz Azhar idrus.kerana cara penyampaian UAI yang unik tetapi sahih.
Tapi,para muslimah kena ingat juga.. berjaga - jaga juga ..agak lain juga kalau kita lihat muslimah yang post contoh macam ni :
"versi manja feat cute feat comel"
" salam,u allls....mmmmmuuuuah....muuaah...today ,I nak post tentang kepentingan kita nak love2x...kan ada dalam Quran ..u allls ni..buat penat I saja...kikkikikikikiki...eh, u allls...bla..bla....bla...bla..."
"versi gangster"
salam....kau pe hal baca post aku???? oklah aku benarkan...[tau takut]..ok,hari ni aku nak post tentang kepentingan kita nak berkasih sayang?? tapi bukan couple .!!!! tampar kepala kang sampai bepusing...bla...bla...bla...
sebelum tu kawe nak bagi contoh salah satu post yang kawe baca dalam FB:
Sabda Rasul Kesayangan Kita,Muhammad SAW:
'AKU TIDAK AKAN MEREMEHKAN PEKERJAAN APAPUN MESKI HANYA SEKADAR MENGUMPULKAN KAYU BAKAR'
oleh itu sahabatku,Jgn enggan mengerjakan amalan2x yg kecil meskipun kau perlu menyelamatkan seekor lalat yang masuk di minuman kopi pekatmu...^^
kopi pekat boleh diganti,
nyawa lalat tiada pengganti.(^^)
[yang di gedik ker????]
FULL STOP untuk respon yang pertama.[ nampak sangat ada lagi yang kedua ^^]
2.[ Bila bermuamalah di fb sekalipun sesama sejantina, tulis "ala2 mesra alam" sampai melampau seperti "cium pipi kunk, wink2", "rasa nak peluk akak/adik je" and baanyak lagi...sedangkan jika diluar fb bicara tidak seindah dan semesra alam di fb pun. ]
RESPON KAWE
guano kita boleh tahu di luar mesra atau tak? ni meti ada pengintip ni,...yeke?? pengalaman kawe...seorang sahabat kawe yang memang sebelum ni kawe tak pernah jumpa...langsung tak pernah..jangankan nak jumpa..kenalkan pun tak..
dia add kawe...kawe pun apalagi app lah..^^
sejak dari situ kawe ngan dia memang banyak persamaan..balas ''like'' balas ''komen''..kata ''uhibbuki fillah''
''syukran ya ukhti''..''sayang'' apalagi mm,''cewek''memang ,mesralah...adakah ayat2x yang digunakan itu gedik??????
alhamdulillah,dengan izin Allah..kami dipertemukan..banyak bualan antara kami..itu bagi sahabat yang baru kenal...kalau dah lama kenal..???fikir sendiri lah..
mesra di FB bukan tiket utama kita nak nilai dia seorang yang gedik..cakap dia gedik...
yalah kalau sampai tahap ''ciumpipi, nak peluk" .lain sikitlah..tapi still lagi kita tak boleh kategorikan muslimah tu gedik,ok.....kasar bah tu perkataan gedik...atau tak tahu apa maksud gedik??
mungkin ada yang berfikiran macam ni :
Semua ahli fb tak kira lelaki atau perempuan akan membaca status dan komen anda/kita sekalipun dia tidak meng "like" or "komen". Namun jauh di sudut hati si pembaca merasa " alaaahai manjenye die dgn kawan2 die"..biasanya lelaki akan rasa syok dan boleh mengundang syahwah dengan tulisan2 seperti itu, tak percaya sila tanya mereka ya...
orang yang tulis macam ni saja akan merasa macam tu..ataupun sudah merasa begitu.. mana ada lgi terfikir kalau ada orang yang baca atau tak..kawe rasa itu bukan sesuatu yang salah..mesra kat FB dengan sahabat,dengan family,dengan sapa2x saja...dikatakan gedik???
kalau ada lelaki yang rasa syok..caranya jangan bacalah..tinggalkan...unfriend...unsubscribed...para muslimah tiada sedikit pun ingatkan lelaki yang baca status mereka...tidak semua begitu...kalau ada pun..tidak semua..
kalau terbaca pun...doalah..semoha ukhuwah mereka kekal samai ke syurga..menjadi sahabat dunia akhirat...sahabat fillah..moga hubungan saya dengan sahabat saya seperti mereka...apa salahnya kan???
ini tidak..terus anggap GEDIK...
kasarnya perkataan tu....tidak sedap telinga mendengar...-_-
dalam ayat power Allah..kita sebagai insan yang menjadi umat Nabi Muhammad..hendaklah berkasih sayang sesama kita...dan bencilah golongan kuffar..
ya...mungkin kalau berpanjangan ...maksudnya,kalau komen2x para muslimah memberi syok kepada lelaki..boleh diperbaiki ..cuma mengatakan itu perbuatan yang gedik...sangat tidak patut lah....
pokoknya[macam indon ya]....bersangka baik..husnudzon dengan para facebooker yang melaksanakan perbuatan baik...banyak lagi sebenarnya kawe nak taip..tapi,letih bro...letih sis.....
terpulang kepada sahabat nak hina macam mana,nak kata kawe ni apalah ..inilah,,,itulah,,,kalau ada yang kawe sampaikan tidak benar..tidak sesuai...tegur dengan akhlak yang baik..tunjukkan bahawa anda seorng muslim yang selamat dan menyelamatkan...da'wah ini bukan meruntuhkan tapi memperbaiki...
jadi,nak redahkan perasaan tidak puas hati....zikir banyak2x..istighfar banyak2x...ok sahabat yang disayangi?
opps...!!!! adakah ''sahabat yang disayangi "juga ayat yang boleh menjadikan kawe dikatakan gedik????
sekian. FULL STOP.^^